Tuesday, September 8, 2020

Perbandingan Harga emas 2020 vs 2015


Gambar di atas menunjukkan perbezaan harga emas di Public Gold pada tahun 2020 dibandingkan pada tahun 2015 pada tarikh hampir sama. 

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa pada satu tempoh jangka masa sederhana, emas akan naik harga walaupun pada jangka masa pendek emas ada turun naiknya. 

Jika kita menjual emas kita yang dibeli pada tahun 2015 dengan harga buy back di Public Gold pada tahun 2020, ia sudah jauh mengatasi harga sell yang pada 5 tahun lepas. Justeru menguntungkan.

Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang. Menyimpan emas bukan sekadar mencari keuntungan tetapi mengumpul aset / simpanan untuk digunakan pada masa akan datang. Jual emas hanya jika perlukan wang untuk perkara bermanfaat.

Thursday, September 3, 2020

Kewujudan Sistem Bank dan Emas

Bank wujud zaman dahulu kerana nak memudahkan urusan sistem barter.. emas ditukar ke satu kertas yang disandarkan dengan emas fizikal.. jual beli menjadi mudah. 

Namun, masalah timbul bila bank mula mencetak wang terlalu banyak dan tidak lagi disandarkan dengan emas fizikal. Tambahan lagi, peniaga pula suka hati menaikkan harga barang sebab nak dapatkan lebih matawang kertas ..

Sejarah menunjukkan bank terbina atas penipuan.. Justeru, sistem matawang kertas memang akan ada masalah satu hari nanti.

Sudahkah anda bersedia? Untuk menghadapi saat itu, tukarkan sedikit wang kertas anda ke bentuk emas. Emas menyimpan nilai. Jadi, kewangan kita lebih selamat.

Thursday, August 20, 2020

Mengapa bank menawarkan harga emas lebih murah menerusi Akaun Emas mereka?

Saya ada melihat satu pertanyaan daripada individu yang mempersoalkan harga emas lebih murah yang ditawarkan oleh bank-bank menerusi akaun emas mereka berbanding akaun Emas GAP yang ditawarkan oleh public gold.

Persoalannya, mengapa terdapat perbezaan harga yang agak besar antara kedua-dua akaun simpanan emas ini?

Jawapannya, akaun emas yang ditawarkan leh bank ialah "Paper Gold" manakala akaun emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold Sdn Bhd adalah bersandarkan emas fizikal. Maksudnya bank menawarkan akaun emas namun emas fizikal tidak wajud! Manakala untuk akaun GAP public gold, penyimpan boleh mengeluarkan emas fizikal untuk dipegang. 

Justeru, perbandingan ini jelas menerangkan mengapa emas yang dibeli menerusi akaun emas bank itu murah berbanding emas yang ditawarkan menerusi akaun GAP public gold. Saya sama sekali tidak berminat dengan akaun emas bank kerana tiada emas maka tidak patuh Syariah.

Sebagai penyimpan emas, kita perlu menyimpan emas fizikal yang benar-benar wujud. Emas fizikal ini adalah harta sebenar bukan emas yang ditulis atas kertas.

Dengan penerangan ringkas ini, diharap anda dapat membezakan akaun emas bank dan akaun emas GAP public gold. Pilihan di tangan anda 😊

Wednesday, August 19, 2020

Pentingnya Konsisten Dalam Menyimpan Emas


Dalam kita menabung emas, perkara yang paling penting adalah konsisten. Mengapa kita perlu konsisten? Konsisten akan membolehkan kita mendapat harga pemurataan emas dengan lebih baik. 

Emas adalah bahan komoditi yang ada turun naik bergantung kepada isu dan ekonomi Dunia. Namun, sejarah membuktikan bahawa emas meningkat dalam jangka masa panjang. Justeru, penyimpan emas sejati tidak begitu kisah harga emas turun naik kerana target mereka ialah simpanan jangka panjang.

Ada dikalangan pembeli emas yang sangat gusar jika harga emas turun lebih rendah berbanding harga semasa membeli. Ini kerana mereka hanya memikirkan simpanan jangka pendek dengan mengharapkan keuntungan. Sebenarnya ini adalah kesilapan terbesar penyimpan emas.

Saya sebagai Dealer Emas Bertauliah dari Public Gold Sdn Bhd selalu mengingatkan para penyimpan agar membeli emas hanya jika ada wang lebihan yang tidak digunakan. Dan simpanlah emas untuk satu jangka masa lebih panjang. Insya Allah anda akan melihat hasilnya.

Emas yang telah dikumpul boleh digunakan untuk pelbagai perkara yang sangat menguntungkan seperti rumah, tanah dan lain lain.😊

Monday, August 17, 2020

Mengapa perlu Mendaftar akaun dan Online Shopping di pgmall?


Harini saya nak bercerita lagi mengapa anda perlu mendaftar sebagai shopper di pgmall.

Korang mesti biasa shopping online di lazada dan shopie kan? Memang best shopping online ni tak perlu bersesak ke shopping compleks. Klik klik nanti sampai je barang kat depan rumah.

Namun, ramai yang masih tak sedar yang Malaysia ada shopping online sendiri yang bagi saya sangat besar manfaatnya yang tidak ada dioffer di platform yang dua terpopular itu. Manfaat terbesar pgmall ialah anda boleh mendapat insentif pembelian sendiri dan pembelian referer anda!

Kalau anda ada akaun pgmall dan anda mempromosikan pgmall kepada sesiapa sahaja menggunakan link referrer anda, jika kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja yang mendaftar menggunakan link referrer anda maka anda layak mendapat insentif daripada pembelian mereka sebanyak 0.5% daripada jumlah pembelian mereka.

Bayangkan jika anda memperkenalkan pgmall kepada ramai kenalan anda maka setiap kali mereka shopping anda akan dapat insentif. Insentif ini akan masuk ke dalam c-wallet anda dan boleh digunakan untuk shopping pelbagai barangan yang ditawarkan di pgmall.

Jika anda belum bermula, marilah mendaftar pgmall menggunakan pautan dibawah:


selamat berbelanja dengan BIJAK!~

Sunday, August 16, 2020

Potensi Perak (Silver) dalam Pelaburan



Ramai yang tidak mengendahkan Silver. Tapi, Silver telah meningkat naik berkali ganda semasa PKP ni. Awal PKP harga silver lbh kurang RM197/100g tetapi harini memperlihatkan kenaikan sehingga RM470/100g. Kepada yang beli Silver banyak tu dah banyak meraih keuntungan jangka pendek. Namun, apa-apapun kena konsisten dalam penyimpanan emas dan perak untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang yang menguntungkan.

Melalui akaun GAP public gold, selain membeli emas, anda juga boleh membeli Silver untuk dimasukkan ke dalam akaun Silver SAP ataupun membeli terus Silver Bar Fizikal melalui Belian Retail. Ikut kepada kemahuan anda. Mahu Pegang fizikal atau biarkan sahaja di dalam akaun.

Jika tanya saya, apa-apa pun kita lebih elok memegang logam fizikal kerana kita menyimpan NILAI itu di tangan kita. Jika apa-apa berlaku anda boleh cairkan aset tersebut. Namun, risiko adalah kehilangan. Justeru, anda perlu mempunyai planning yang baik.

Beli emas ni Rugi ke? Ulasan dan Fungsi Emas yang perlu anda tahu

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera;

Harini saya nak ulas sedikit tentang simpanan emas. Since kenaikan harga mendadak baru-baru ini sehingga pernah mencapai RM304/g dan tiba-tiba juga turun mendadak sehingga RM280/g hari ini.


Ada yang mula berkata: Ah, simpan emas ini rugi sebab kalau jatuh harga kita rugi..

Kalau ada yang cakap macam ni memang beliau tidak faham fungsi sebenar emas yang sangat banyak. Nak cerita panjang jadi saya cerita sikit je.

1- Emas ini adalah insuran kepada harta anda:
- Kalau kita ada medical card atau insuran nyawa yang berfungsi untuk membantu jika kita ditimpa musibah, emas juga begitu. Kita mencarum insuran dan ambil medical card bukan sebab kita minta diri kita sakit.

Ada orang cakap: Ah.. tak guna aku mencarum medical card sb aku xsakit.. tapi, once anda dah sakit dan anda xde medical card, bayangkan berapa kos perubatan anda kne bayar? Kes ini pernah berlaku kepada kenalan saya yang terpaksa merayu bantuan awam untuk membiayai kos perubatan anak lelaki beliau yang mencecah lebih 100 ribu ringgit! Bayangkan kalau beliau mencarum insuran kan ke kos lebih kecil?

Sekali lagi.. adakah kita membayar insuran dan medical card untuk menjemput sakit? jawapannya tidak tapi sebagai persediaan untuk berlaku kemungkinan sakit. Jika kita tidak sakit, syukurlah. Kerana sumbangan kita itu akan digunakan juga oleh orang lain yang mungkin sakit. Insuran ni ibarat tolong menolong antara pencarum. Baik bukan?

Untuk emas, salah satu fungsi emas ialah menyimpan nilai. Kita melihat pergerakan emas turun naik kerana ekonomi dan politik semasa. Namun, hakikatnya yang naik turun itu kerana perubahan matawang.. emas sama sahaja. Emas memiliki kekuatan membeli yang hampir sama sejak ribuan tahun lamanya tetapi matawang? Cukupla saya boleh beli karipap dulu 10 biji RM1 zaman sekolah rendah.. sekarang dapat 2 biji je RM1.. kerana apa? kerana matawang jatuh nilai kerana inflasi. Kita terpaksa membayar lebih untuk membeli karipap yang sama.

Satu lagi fungsi emas selain menyimpan nilai ialah ia juga adalah insuran jika berlaku hyper inflasi. Jika berlaku hyperinflasi, matawang akan tidak lagi bernilai.. maka, masa itu emas dan perak sahaja boleh digunakan untuk menyimpan nilai. Bayangkan kalau anda tiada emas dan perak.. ada 1 juta dalam bank pun nilai wang tu mungkin hampir tiada.. kerana Matawang adalah tiada nilai melainkan dipaksakan nilai keatasnya. Kertas kita guna sebagai matawang itu asalnya hanya kertas biasa. Namun, ia diperakukan dengan nilai atas jaminan kerajaan Malaysia.

Wujud ke Hyperinflasi ni? Of course wujud. Kalau anda nak bukti pergi lah baca kesan hyperinflasi terhadap Venezuela, Zimbabwe... dan even Malaya ketika zaman jepun.. Pernah dengar wang Pokok Pisang Jepun? Bila banyak sangat dicetak ia dh xde nilai.....

Namun, adakah kita simpan emas sebab mengharapkan hyperinflasi berlaku? jawapannya tidak. Jika tidak berlaku lagi baik. Jika berlaku kita sudah sediakan payung sebelum hujan.

Emas juga adalah simpanan jangka sederhana dan panjang. Kerana apa? Kerana emas memiliki nilai selar / susutan dimana ada beza harga jual dan beli semula. Mengapa ia wujud? Kerana untuk protect business emas. Premis, pekerja semua perlukan gaji.. Pengurup wang berlesen juga tidak akan membeli dan menjual semula duit mereka ada dengan harga sama.. Kepada sesiapa yang biasa menukar duit asing tu pasti faham maksud saya.

Sejarah emas sepanjang 20 tahun memperlihatkan kenaikan dan penurunan harga jangka pendek. Namun, secara purata, emas meningkat purata sekitar 38% sepanjang 20 tahun ini. Tinggi tak tinggi lah. Kalau lihat antara tahun 2019 ke 2020 menunjukkan peningkatan paling dasat iaitu sekitar 58%! Namun emas pernah jatuh antara tahun 2011 ke 2014. Ada yang kecewa masa beli tahun 2011. Namun, ini disebabkan anda hanya melihat harga emas sebagai pengukur keuntungan anda membeli emas.

2- Emas boleh membantu memiliki aset lebih besar bebas hutang!

Antara aset yang bermanfaat yang ada nilai adalah rumah dan hartanah. Namun, untuk mendapatkan dua aset ini kebiasaannya rakyat kebanyakkan seperti kita tidak mampu. Jika boleh pun kita terpaksa membuat Loan Bank yang besar.

Tahu kah anda, bank hanya ada satu produk utama je iaitu HUTANG? cth anda beli rumah RM200k. Bank bantu anda bayar rumah cash kepada pemaju,.. Namun, anda terpakse berhutang dengan bank dan perlu membayar semula dengan bayaran sebanyak 400k! jadi anda untung ke rugi?

Jika anda ada emas, anda boleh kumpul emas sedikit demi sedikit sehinggalah pada satu tahap anda nak tukar emas anda kepada aset lain seperti hartanah dan rumah. Jika xmampu bayar cash pun at least kita boleh keluarkan downpayment yang besar. Jadi, kuranglah kebergantungan kita kepada hutang bank yang sangat membebankan minda kita.

Sekian sahaja sedikit perkongsian untuk ptg ni. banyak lagi kalau kita boleh cerita tentang faedah emas ni.

Pokoknya, jangan beli emas sebab harga namun belilah emas jika anda ada wang lebihan yang tidak digunakan untuk satu jangka masa panjang. Jika anda konsisten menyimpan, anda akan dapat harga purata yang akhirnya lebih rendah dari harga terakhir emas sebelum anda let it go.

>> Penasihat emas anda: DR. OSMAN AYOP. <ADMIN: TEAM DOKTOREMAS Public Gold Sdn Bhd>

Friday, June 5, 2020

Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?




Soalan: Bila masa paling sesuai beli emas?


Pilihan jawapan:
.
(a) Masa emas murah
(b) Bila ada duit
(c) Bila ada duit lebih

Jawapan saya ialah (c). Jom Saya ulas satu-satu:


(a) Beli masa emas murah.
.
Betul kalau emas murah kita perlu beli. Masalahnya bilakah emas murah? Bagaimana yang dikatakan murah? Emas dilihat murah jika kita ada harga rujukan kita sendiri. Harga rujukan setiap orang berbeza. Contoh, emas pertama anda berharga RM180/g. Maka jika harga naik ke RM 200/g anda akan rasa emas mahal! Ini berbeza jika emas pertama anda beli berharga RM 220/g maka jika emas turun ke harga RM200/g anda rasa murah. Justeru, membeli emas kerana harga murah tidak begitu praktikal. Kerana jika anda nampak harga naik anda akan tidak membeli.. sedangkan jangka panjang emas akan tetap naik.

.
(b) Bila ada duit.
.
Ya, bila kita ada duit, kita boleh beli emas. Namun, jika kita ada duit tetapi kita memerlukan wang tersebut untuk membeli barang keperluan harian dalam masa terdekat, maka adalah tidak digalakkan beli emas. Kerana anda tidak ada duit untuk digunakan kepada perkara lebih penting. Jika anda jual semula emas anda dalam masa terdekat, anda akan rugi kerana spread value emas.

.
(c) Bila ada duit lebih.
.
Ini adalah masa terbaik membeli emas. Iaitu jika ada duit lebih. Duit lebih disini ialah duit yang anda tidak akan gunakan dalam masa terdekat. Bermaksud duit ini ada atau tidak, anda masih boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Namun begitu, anda seharusnya membeli emas pada awal masa anda mendapat gaji, bukan di hujung bulan. Mengapa saya cakap begitu? Jika anda tidak cepat-cepat mengasingkan wang anda ke emas, anda akan mudah terjerumus membeli barang-barang yang tidak begitu penting kerana hati anda ingin membelinya kerana ada duit. Untuk membeli emas pada awal hari gaji, anda sudah sepatutnya membuat kira-kira2 perbelanjaan sepanjang bulan.. Bakinya terus tukar ke emas. Tinggalkan wang anda cukup untuk perbelanjaan wajib bulan tersebut (setelah tolak semua komitmen bank, insuran dan lain-lain)

Tuesday, June 2, 2020

KIsah Perak / Dirham dan mengapa memilih Public Gold?

Harini nak citer sikit pasal Silver. 

 “... Maka suruhlah salah seorang di antaramu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, ... . (Surah Al Kahfi : Ayat 19) 

Kisah pemuda kahfi dalam al Quran yang ditidurkan 309 tahun, selepas 309 tahun masih gunakan Silver sebagai wang untuk beli makanan di pasar. 
Jika ada pakar katakan Emas masih undervalue, Silver lebih jauh undervalue. Kenapa undervalue? Sebab harga kedua-dua emas dan silver sepatutnya bukan mcm sekarang. Tapi lebih tinggi. Silver dah naik dari RM230 per 100 gram kpd RM300 per 100 gram. Harga Silver pernah capai RM600 per 100 gram 10 tahun yang lalu. 

Kalau kenaikan Emas 20%-30%, kenaikan Silver boleh capai 50%-100%. Kalau emas 2-5 tahun baru untung, Silver pula 5-10 tahun. Silver juga dikenali sebagai Poor Man Gold. 

Silver kebiasaanya tak diterima untuk dipajak. Kelebihan Silver Public Gold adalah boleh dipajak di ar rahnu milik Public Gold, iaitu ar rahnu KDE. Nak Silver? Seketul 500 gram baru RM1.6k hoho 

Nak apa bagitau http://osmanayop.wasap.my 

DR. OSMAN BIN AYOP 
Public Gold Sdn Bhd Trusted Dealer,
Senior Lecturer, Faculty of Engineering, UTM
H/P: 0177799316 
PHD in Electrical Engineering.



Saturday, May 30, 2020

Bagaimana nak KAYA dengan EMAS?


Kalau anda tanya saya "Bagaimana nak KAYA dengan emas?" Jawapan saya ialah "anda perlu ada ILMU" Ini kerana tanpa ilmu anda tidak akan boleh KAYA malahan mungkin anda akan kerugian disebabkan menjadi MANGSA pihak yang mengambil kesempatan diatas keTIDAKtahuan anda.

Saya suka untuk bercerita tentang pengalaman saya RUGI BESAR disebabkan emas! Apa? Emas boleh rugi besar? Jawapannya ya apabila EMAS dijadikan sasaran SCAMMER untuk menipu anda! Anda pernah dengar tentang emas TOK BELAGAK? dahulu apabila diperkenalkan dengan emas ini saya difahamkan cara kerjanya adalah dengan membeli emas secara DELAY. Maksudnya kita beli sekarang tapi emas tersebut hanya akan dapat selepas 6 bulan. Kami juga dijanjikan DIVIDEN yang menarik kerana KONONNYA kita membeli emas dengan harga lebih murah dari pasaran dan emas tersebut akan naik harga selepas 6 bulan.

Saya bersama rakan ada melabur dan akhirnya.. duit kami LESAP. Katanya syarikat kena BEKU oleh Bank Negara. Justeru, TERSONTOT la orang kata. Mengapa ini terjadi? Kerana pada masa tersebut, saya tidak ada ilmu tentang emas. ZERO knowledge dan main ikut-ikut orang sahaja.

Daripada pengalaman ini, kunci utama untuk mengenal SCAMMER emas ialah melalui perkataan DIVIDEN! Pembelian / pelaburan EMAS FIZIKAL tidak menjanjikan apa-apa dividen kerana berat emas yang anda beli tidak bertambah atau berkurang kerana ia berdiri dengan jisimnya. Kita hanya akan untung jika emas NAIK HARGA dari masa ke semasa.

Satu lagi cara adalah dengan menjadi PENIAGA EMAS. Sebagai peniaga emas, kita menjual emas dengan HARGA JUAL (selling price) dan kita membeli semula emas dengan HARGA BELIAN SEMULA (buy back). Asasnya, penjual emas bergantung kepada NILAI SELISIH HARGA bagi emas (yang berbeza bergantung kepada berat emas).

Mengapa selisih harga atau dikenali sebagai SPREAD VALUE penting? Kerana spread inilah yang membolehkan syarikat emas atau kedai emas terus boleh bertahan. Spread digunakan untuk membayar Sewa kedai, Gaji pekerja dan lain-lain kos lagi. Namun, jangan bimbang kerana dari masa ke semasa, nilai belian semula akan lebih tinggi daripada harga jual pada masa lalu maka jika anda sebagai penyimpan emas menjual semula emas anda, anda telah menikmati keuntungan pembelian emas tersebut.

Jika anda berminat menjadi PELABUR EMAS, anda memerlukan modal yang besar kerana dengan modal yang besar, anda boleh membeli emas dengan saiz yang besar. Emas pada saiz yang besar mempunyai selisih harga yang kecil maka dengan kenaikan harga emas yang sedikit sekalipun boleh memberi anda keuntungan yang besar.

Itulah sedikit info tentang bagaimana hendak kaya dengan emas. Sebenarnya banyak lagi maklumat lain yang perlu anda pelajari dari masa ke semasa melalui sumber-sumber sahih yang lain.

Friday, May 29, 2020

Buka Akaun Emas Public Gold untuk anak kecil anda?

Anak-anak kalau dh masuk usia 18 tahun biasanya akan memulakan langkah ke institusi pengajian tinggi. Kos belajar di institut pengajian tinggi adalah tinggi. Ibu bapa yang bijak akan mula menabung untuk anak anak mereka.

Saya cadangkan, selain SSPN, sediakan tabungan untuk anak anak anda ke bentuk emas. Public gold menyediakan akaun simpanan emas untuk kanak kanak. Selepas usia 18 tahun anda boleh hand over akaun tersebut kepada mereka. Waktu tu kalau anda menabung secara konsisten mgkin sudah cukup untuk membekalkan anak anda perbelanjaan untuk pengajian.


Sunday, April 26, 2020

Cara Membeli emas Secara Syariah Easy Payment Purchase di Public Gold

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Public gold ada menawarkan pembelian emas dan perak menggunakan kaedah Syariah Easy Payment Purchase (EPP) yang mana bayaran boleh dibuat menggunakan kaedah ansuran tanpa faedah sebanyak 4 atau 10 kali. 

EPP memberi kemudahan buat individu yang ingin membeli emas saiz besar tetapi tidak mampu untuk membayar pada kadar yang besar. EPP adalah penyelesaian kepada masalah anda. 

Menerusi laman web public gold, anda boleh membuat belian emas secara EPP. Berikut disediakan cara-cara membeli emas secara EPP. Emas akan anda peroleh setelah habis membuat bayarn terakhir. 

Note: Walaupun bayaran sebanyak 4 atau 10 kali, anda bebas untuk membayar secepat mungkin. Lebih cepat abes bayar, lebih cepat anda dapat emas anda. Terima kasih

 

Saturday, April 25, 2020

Cara Membeli Emas / Perak Fizikal daripada Public Gold

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Public Gold menawarkan pembelian emas atau perak  secara online di laman web http://publicgold.com.my. Pembelian boleh dibuat melalui cara bayaran penuh ataupun secara Easy Payment Purchase (EPP) yang mana boleh bayar secara ansur-ansur sehingga 4 atau 10 kali.

Kali ini, saya akan berkongsi cara membuat belian daripada laman web public gold. Kepada yang belum memiliki akaun emas public gold boleh wasap sy di: http://osmanayop.wasap.my


Thursday, April 23, 2020

Kadar Zakat Dinar dan Dirham

Kewangan Islam pada masa silam berdasarkan Dinar dan Dirham. 

Berat 7 Dinar = 10 Dirham. 
Berat 1 Dinar = 4.25 gram. 


  • Emas wajib zakat apabila cukup Haul setahun = 20 Dinar (85gram) zakatnya 1/2 dinar (2.125g) 


  • Zakat Perak wajib dikeluarkan untuk simpanan cukup Haul setahun = 200 Dirham (595 gram). 

Emas dan Perak adalah logam yang dimuliakan, memilikinya membawa berkah dengan syarat dikeluarkan zakat darinya. Zakat mencuci harta, jiwa, dan diberikan pelbagai ganjaran. Zakat tidak menjadikan pengeluarnya miskin malahan akan ditambah rezekinya dari masa ke semasa. InsyaAllah

Emas ada Dividen ke?



Ada orang salah faham tentang penyimpanan emas. Emas ni ada dividen ke? Ada pertambahan gram ke dalam akaun jika simpan lama-lama?

Jawapannya ialah tidak. Emas bekerja tidak sama dengan semua sistem yang lain. Emas berdiri kukuh melalui beratnya. Kalau anda beli 1 gram anda akan tetap dapat 1 gram dan tidak akan mendapat apa-apa penambahan atau pengurangan emas dalam akaun anda.

Jika simpan dalam jangka masa panjang, emas akan menyimpan nilainya. Kalau inflasi merompak nilai wang Fiat yang kita guna, emas pula berupaya melawan inflasi.. Nilai duit makin rendah emas dilihat semakin "Mahal" walaupun hakikatnya NILAI emas itu sepatutnya kekal sepanjang zaman.

bermulalah menyimpan emas fizikal sekarang. Mulakan dengan 1 gram 1 bulan. Jika tidak mahu menyimpan Fizikal, Public Gold menyediakan akaun emas GAP yang disandarkan kepada emas fizikal yang Patuh Syariah. Nak keluarkan emas dari akaun GAP boleh pergi Branch Public Gold berhampiran anda.

Monday, April 6, 2020

Produk Dirham Public Gold

Dirham adalah nilai sukatan kewangan Islam yang telah digunakan sejak zaman permulaan Islam di Tanah Arab. Suatu masa nanti, Dinar dan Dirham dijanjikan akan berkuasa semula sebagai matawang yang sah untuk sistem jual beli kerana ia adalah logam bernilai dan dimuliakan selain sukar untuk dimanipulasikan.

Public gold juga ada mengeluarkan produk Dirham tersendiri yang mempunyai reka bentuk yang sangat cantik. Berikut merupakan produk Dirham Public Gold:


5 Dirham: 14.875 gram

10 Dirham: 29.75 gram


Nak buka akaun emas / perak public gold, hubungi saya
Dr. Osman >> WASAP <<

PROFIL DEALER

Nama: Dr. Osman bin Ayop Nama panggilan: Dr. Osh Kerjaya: Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan, UTM No. HP: 017-7799316 emai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA MENDAFTAR AKAUN EMAS DI PUBLIC GOLD ?