++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Friday, June 5, 2020

Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?




Soalan: Bila masa paling sesuai beli emas?


Pilihan jawapan:
.
(a) Masa emas murah
(b) Bila ada duit
(c) Bila ada duit lebih

Jawapan saya ialah (c). Jom Saya ulas satu-satu:


(a) Beli masa emas murah.
.
Betul kalau emas murah kita perlu beli. Masalahnya bilakah emas murah? Bagaimana yang dikatakan murah? Emas dilihat murah jika kita ada harga rujukan kita sendiri. Harga rujukan setiap orang berbeza. Contoh, emas pertama anda berharga RM180/g. Maka jika harga naik ke RM 200/g anda akan rasa emas mahal! Ini berbeza jika emas pertama anda beli berharga RM 220/g maka jika emas turun ke harga RM200/g anda rasa murah. Justeru, membeli emas kerana harga murah tidak begitu praktikal. Kerana jika anda nampak harga naik anda akan tidak membeli.. sedangkan jangka panjang emas akan tetap naik.

.
(b) Bila ada duit.
.
Ya, bila kita ada duit, kita boleh beli emas. Namun, jika kita ada duit tetapi kita memerlukan wang tersebut untuk membeli barang keperluan harian dalam masa terdekat, maka adalah tidak digalakkan beli emas. Kerana anda tidak ada duit untuk digunakan kepada perkara lebih penting. Jika anda jual semula emas anda dalam masa terdekat, anda akan rugi kerana spread value emas.

.
(c) Bila ada duit lebih.
.
Ini adalah masa terbaik membeli emas. Iaitu jika ada duit lebih. Duit lebih disini ialah duit yang anda tidak akan gunakan dalam masa terdekat. Bermaksud duit ini ada atau tidak, anda masih boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Namun begitu, anda seharusnya membeli emas pada awal masa anda mendapat gaji, bukan di hujung bulan. Mengapa saya cakap begitu? Jika anda tidak cepat-cepat mengasingkan wang anda ke emas, anda akan mudah terjerumus membeli barang-barang yang tidak begitu penting kerana hati anda ingin membelinya kerana ada duit. Untuk membeli emas pada awal hari gaji, anda sudah sepatutnya membuat kira-kira2 perbelanjaan sepanjang bulan.. Bakinya terus tukar ke emas. Tinggalkan wang anda cukup untuk perbelanjaan wajib bulan tersebut (setelah tolak semua komitmen bank, insuran dan lain-lain)

No comments:

Post a Comment

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?

JOM DAFTAR!

BAGAIMANA MENDAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD?
Ikuti langkah mudah di bawah untuk membuka akaun Public Gold anda.
Maklumat Yang Perlu Diisi
1. Name (As Per IC) - Line 1
Masukkan nama penuh anda seperti yang tertera di dalam kad pengenalan.

Name (As Per IC) - Line 2
Biarkan ruang ini kosong jika tidak diperlukan.
2. ID Type
Pilih New IC jika anda warganegara Malaysia. Jika bukan warganegara Malaysia, pilih Passport.
3. Enter ID
Masukkan nombor kad pengenalan anda. Untuk bukan warganegara Malaysia, masukkan nombor passport.
4. Email
Masukkan alamat email yang aktif dan tepat kerana email ini akan digunakan untuk urusan akaun dan komunikasi seterusnya.
5. Mobile No.
Masukkan nombor telefon anda dengan tepat dalam format antarabangsa, contohnya: +60121112222. Nombor ini penting untuk urusan TAC dan pengesahan akaun.
Nota: Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum menghantar borang pendaftaran.
Sudah mendaftar atau perlukan bantuan? Anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp di +6011-63069316

HUBUNGI MELALUI WHATSAPP