| HOME | | PRODUK | | GAP | | INFO| | CONTACT |

*****

>> DAFTAR AKAUN ANDA DISINI !!! <<

>> DAFTAR JUNIOR AKAUN DISINI (Bawah 18 Tahun)!!! <<

>> INFO LENGKAP EMAS PUBLIC GOLD <<

>> DAFTAR AKAUN PGMALL DISINI !!! <<

*****

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Saturday, May 30, 2020

Bagaimana nak KAYA dengan EMAS?


Kalau anda tanya saya "Bagaimana nak KAYA dengan emas?" Jawapan saya ialah "anda perlu ada ILMU" Ini kerana tanpa ilmu anda tidak akan boleh KAYA malahan mungkin anda akan kerugian disebabkan menjadi MANGSA pihak yang mengambil kesempatan diatas keTIDAKtahuan anda.

Saya suka untuk bercerita tentang pengalaman saya RUGI BESAR disebabkan emas! Apa? Emas boleh rugi besar? Jawapannya ya apabila EMAS dijadikan sasaran SCAMMER untuk menipu anda! Anda pernah dengar tentang emas TOK BELAGAK? dahulu apabila diperkenalkan dengan emas ini saya difahamkan cara kerjanya adalah dengan membeli emas secara DELAY. Maksudnya kita beli sekarang tapi emas tersebut hanya akan dapat selepas 6 bulan. Kami juga dijanjikan DIVIDEN yang menarik kerana KONONNYA kita membeli emas dengan harga lebih murah dari pasaran dan emas tersebut akan naik harga selepas 6 bulan.

Saya bersama rakan ada melabur dan akhirnya.. duit kami LESAP. Katanya syarikat kena BEKU oleh Bank Negara. Justeru, TERSONTOT la orang kata. Mengapa ini terjadi? Kerana pada masa tersebut, saya tidak ada ilmu tentang emas. ZERO knowledge dan main ikut-ikut orang sahaja.

Daripada pengalaman ini, kunci utama untuk mengenal SCAMMER emas ialah melalui perkataan DIVIDEN! Pembelian / pelaburan EMAS FIZIKAL tidak menjanjikan apa-apa dividen kerana berat emas yang anda beli tidak bertambah atau berkurang kerana ia berdiri dengan jisimnya. Kita hanya akan untung jika emas NAIK HARGA dari masa ke semasa.

Satu lagi cara adalah dengan menjadi PENIAGA EMAS. Sebagai peniaga emas, kita menjual emas dengan HARGA JUAL (selling price) dan kita membeli semula emas dengan HARGA BELIAN SEMULA (buy back). Asasnya, penjual emas bergantung kepada NILAI SELISIH HARGA bagi emas (yang berbeza bergantung kepada berat emas).

Mengapa selisih harga atau dikenali sebagai SPREAD VALUE penting? Kerana spread inilah yang membolehkan syarikat emas atau kedai emas terus boleh bertahan. Spread digunakan untuk membayar Sewa kedai, Gaji pekerja dan lain-lain kos lagi. Namun, jangan bimbang kerana dari masa ke semasa, nilai belian semula akan lebih tinggi daripada harga jual pada masa lalu maka jika anda sebagai penyimpan emas menjual semula emas anda, anda telah menikmati keuntungan pembelian emas tersebut.

Jika anda berminat menjadi PELABUR EMAS, anda memerlukan modal yang besar kerana dengan modal yang besar, anda boleh membeli emas dengan saiz yang besar. Emas pada saiz yang besar mempunyai selisih harga yang kecil maka dengan kenaikan harga emas yang sedikit sekalipun boleh memberi anda keuntungan yang besar.

Itulah sedikit info tentang bagaimana hendak kaya dengan emas. Sebenarnya banyak lagi maklumat lain yang perlu anda pelajari dari masa ke semasa melalui sumber-sumber sahih yang lain.

Friday, May 29, 2020

Buka Akaun Emas Public Gold untuk anak kecil anda?

Anak-anak kalau dh masuk usia 18 tahun biasanya akan memulakan langkah ke institusi pengajian tinggi. Kos belajar di institut pengajian tinggi adalah tinggi. Ibu bapa yang bijak akan mula menabung untuk anak anak mereka.

Saya cadangkan, selain SSPN, sediakan tabungan untuk anak anak anda ke bentuk emas. Public gold menyediakan akaun simpanan emas untuk kanak kanak. Selepas usia 18 tahun anda boleh hand over akaun tersebut kepada mereka. Waktu tu kalau anda menabung secara konsisten mgkin sudah cukup untuk membekalkan anak anda perbelanjaan untuk pengajian.


PROFIL DEALER

Nama: Dr. Osman bin Ayop (Dr Osh) Business Name: Doktor Emas Trusted Gold Advisor Kerjaya: Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?

AWARD & RECOGNITION

AWARD RECOGNITION: