++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Thursday, May 20, 2021

Kisah Syiling "Emas" RM1


KISAH SYILING EMAS RM1

Bagi mereka yang hidup sekitar zaman 90 an pasti kenal syiling emas RM1 ni. Ada gambar bunga raya dan juga lambang keris di belakangnya. Syiling ni adalah satu item yang bagi saya cantik dan bernilai. Sebagai kanak-kanak yang hidup pada zaman 90 an, Syiling RM1 ni cukup untuk membeli jajan-jajan kegemaran.

Saya ketika zaman kanak-kanak ada melakukan pelbagai kerja sampingan untuk mendapatkan wang saku. Selain memancing dan menjual ikan, saya juga berkebun dan menolong keluarga di ladang kepala sawit. Pernah juga ambil upah menyapu sampah selepas tamat pasar tani hari minggu.

Bilamana dapat duit syiling RM1 ni hati berbunga-bunga. Yelah benda bernilai kan?

Namun, apa jadi pada syiling RM1 masa kini? Setelah kerajaan mengumunkan bahawa nilai syiling ini diletakkan pada nilai 0, maka, ia sudah hilang kuasa belinya dan tidak lagi berharga. Eh! Jadinya dia dah tidak boleh digunakan untuk membeli barang keperluan lagi? Dan ia jadi apa? Jadi tukun ke...

Itulah kisahnya dengan wang syiling emas RM1. Bukan itu je. Negara kita pernah memiliki wang kertas RM1000, RM500 juga. Besar nilainya pada zaman tersebut. Namun, ia sudah tidak lagi Wujud kini!

Itulah nasib wang fiat. Ia hanya bernilai jika dipaksakan nilai keatasnya. Jika kerajaan mengumumkan ia tidak lagi bernilai maka ia sudah dilucutkan kuasa belinya.

Bagaimana pula dengan emas? Emas merupakan fizikal yang hebat dari segi ciri-ciri dirinya sendiri. Dahulu, emas digunakan sebagai wang untuk jual beli dan berdagang. Apabila emas tidak lagi digunakan sebagai matawang, adakah nilai emas menjadi 0? Jawapannya ialah tidak!

Emas kekal bernilai tinggi kerana sifat logam tersebut yang unggul dan mempunyai faedah yang banyak. Emas sungguhpun dikenali sebagai logam untuk menghasilkan barang kemas mewah, ia juga boleh dileburkan untuk digunakan sebagai litar elektrik berkecekapan tinggi, terutamanya di dalam peranti-peranti elektronik.

Justeru, kita digalakkan menyimpan emas kerana emas adalah item bernilai. Jangka panjang nilainya tidak susut malahan bertambah jika dinilaikan dengan wang ringgit. Emas adalah item yang ampuh melawan inflasi.

Pendek kata, saya menyeru masyarakat untuk mengalihkan sedikit pendapatan ke emas. Sikit-sikit lama lama emas anda akan bertambah. Emas itulah yang akan membantu anda satu masa nanti. 🙂

Nurkilan Dr. OSMAN AYOP
LEADER TEAM DOKTOR EMAS
PUBLIC GOLD SDN BHD

No comments:

Post a Comment

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?

JOM DAFTAR!

BAGAIMANA MENDAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD?
Ikuti langkah mudah di bawah untuk membuka akaun Public Gold anda.
Maklumat Yang Perlu Diisi
1. Name (As Per IC) - Line 1
Masukkan nama penuh anda seperti yang tertera di dalam kad pengenalan.

Name (As Per IC) - Line 2
Biarkan ruang ini kosong jika tidak diperlukan.
2. ID Type
Pilih New IC jika anda warganegara Malaysia. Jika bukan warganegara Malaysia, pilih Passport.
3. Enter ID
Masukkan nombor kad pengenalan anda. Untuk bukan warganegara Malaysia, masukkan nombor passport.
4. Email
Masukkan alamat email yang aktif dan tepat kerana email ini akan digunakan untuk urusan akaun dan komunikasi seterusnya.
5. Mobile No.
Masukkan nombor telefon anda dengan tepat dalam format antarabangsa, contohnya: +60121112222. Nombor ini penting untuk urusan TAC dan pengesahan akaun.
Nota: Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum menghantar borang pendaftaran.
Sudah mendaftar atau perlukan bantuan? Anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp di +6011-63069316

HUBUNGI MELALUI WHATSAPP