| HOME | | PENDAFTARAN | | PRODUK | | INFO EMAS | | PELABURAN EMAS | | ADMIN |

************ KLIK LIKE @ KONGSI INFO DI LAMAN SOSIAL ANDA~ ***********

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA MENDAFTAR AKAUN EMAS DI PUBLIC GOLD ?

Saturday, June 2, 2018

Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold memudahkan pembelian emas


Ramai yang masih belum sedar akan kepentingan menyimpan emas. Bila dah sedar, tak tahu pula nak mulakan. Nak simpan sendiri ada yang takut. Ada juga yang ingin membuka akaun emas tapi keinginan mereka terbantut apabila mereka dapati ia tidak patuh syariah. Setahu saya sebelum ini hanya cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja yang patuh syariah. Ada perkhidmatan sewa SAFE deposit box yang murah tetapi ia sukar didapati di kebanyakkan kawasan. Jadi, masalah menyimpan emas seringkali dilihat sebagai halangan untuk individu memulakan simpanan emas. 

Masalah kedua ialah mereka tidak memiliki modal yang besar untuk menyimpan emas. Ada yang boleh memperuntukan sekitar RM 100 - 200 sahaja untuk simpanan dilupakan. Syukur kepada Allah selepas melihat kepada permasalahan ini, Public Gold memperkenalkan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan ";Gold Accumulation Program" atau ringkasnya dipanggil GAP. GAP ini sangat membantu ramai orang untuk memulakan simpanan emas dengan cara lebih mudah lebih-lebih lagi yang bermodal kecil. Selain itu, anda tak perlu ke bank untuk membuka akaun. Memadai dengan transaksi dan update melalui Whatsapp! Mudah kan?

Akaun Emas yang bersandarkan kepada Emas Fizikal

Akaun emas yang ditawarkan oleh Public Gold (GAP) mirip kepada KFH. Beli emas, dan Public gold akan simpankan emas kita. Bila terasan nak pegang emas fizikal, kita boleh keluarkan emas itu dengan sedikit premium. Kelebihan GAP berbanding KFH ialah  GAP boleh dilakukan serendah 1 gram berbanding KFH iaitu 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

1) Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
2) Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
3) Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
4) Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
5) Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
6) Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.

Nota: Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan. 


gold bar 1 gram public gold lbma Gold bar LBMA 1 gram Public Gold.


Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?
GAP Public Gold ni sangat bermanfaat untuk mereka yang:

1) Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
2) Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
3) Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
4) Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif 5) simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP
Bagi siapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold
Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM180, maka masukkan duit genap-genap RM180. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM360 (RM180 x 2 gram). Tapi, anda boleh membeli dengan minima RM100. RM100 akan ditukar terus ke bentuk gram (0.5++ gram)


harga emas gap 3 March 2018 ( Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam )

Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:

5571 3923 8048 (Maybank)
5071 3410 4563 (Maybank)
3167 52 0833 (Public Bank)

#2 – Wassap Maklumat Pembelian
Wassap maklumat ke 012-4308 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni:


Cara-order-GAP-public-gold. Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik. (KLIK GAMBAR untuk lebih jelas)

KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada osmanayop@utm.my supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya (Osman bin Ayop) sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk telak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00130785, Osman bin Ayop. Tak perlu minta izin pun tak apa. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +6 017-7799 316 ( osmanayop.wasap.my ) sebagai makluman dan saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold.

#3 – Semak GAP Statement
Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.


gap statement. Ini contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal
Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.


Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.



Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.


Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.


Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.



Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 017-7799 316 (wassap). Insya Allah saya boleh guide.

Rujukan: Mohd Zulkifli Shafie.

Koleksi Gold Bar Pelbagai Tema

Search