| HOME | | DAFTAR | | PRODUK | | INFO| | BERITA | | CONTACT |

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Monday, May 17, 2021

Kuasa Beli Dinar

Ramai yang masih keliru dan tidak faham tentang Dinar. Sungguh berat dinar juga masih ramai tidak tahu, termasuk saya pada satu masa dahulu. Dinar merupakan matawang Islam yang mempunyai berat yang Standard dan tidak berubah sepanjang zaman. Berikut merupakan berat bagi dinar yang biasa digunakan:

1/4 Dinar = 1.0625g
1/2 Dinar = 2.125g
1 Dinar = 4.25g
5 Dinar = 21.25g
10 Dinar = 42.5 g

Namun begitu, apakah kuasa beli yang ada pada dinar pada waktu ini? Jom kita lihat gambar dibawah:


Secara asasnya, 1 Dinar mampu untuk membeli seekor kambing sejak zaman Rasullah lagi. Kita dapat lihat betapa "POWERFULL" kuasa membeli dinar merentasi zaman. Adakah anda yakin RM100 anda pada masa kini mampu membeli barang yang bernila sama pada masa akan datang? Cukupla saya buat perbandingan dengan "Karipap yang Hilang" Mungkin ada yang tahu kisah karipap RM1 yang saya pernah cerita dimana bilangannya RM1=10 biji berkurang sehingga kini jadi RM1=2 biji. Mengapa? Kerana inflasi. Kuasa beli wang kertas akan berkurang. Jadi, berbaloikan anda simpan wang kertas? Fikir-fikirkanlah.

Berbalik kepada Dinar, kita mampu membeli seekor lembu dengan 5 Dinar. Secara faktanya, harga seekor lembu pun tidak sampai 5 Dinar. Jika pada masa akan datang harga lembu melambung tinggi, adakah 5 Dinar kita mampu membeli seekor lembu? InsyaAllah boleh. Kerana harga emas akan turut naik seiring peningkatan Inflasi.

Dengan 10 Dinar, lebih kurang RM 11,000 waktu ini sudah lebih dari cukup untuk kita menunaikan umrah. Justeru, didiklah diri kita untuk menyimpan emas, terutamanya dalam bentuk Dinar kerana Dinar merupakan matawang yang digunakan pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) dan kita ingin mengambil Berkah dari itu. InsyaAllah.

Selamat menjadi pengurus kewangan yang baik, dan sebaik-baik wang adalah dalam bentuk dinar dan dirham.


No comments:

Post a Comment

PROFIL DEALER

Nama: Dr. Osman bin Ayop Nama panggilan: Dr. Osh Kerjaya: Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan No. HP: 01163069316 (whatsapp di...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?